fbpx

BATC 2024: Malaysia tepati ramalan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEREGU negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin bangkit mengatasi pasangan dari Singapura, Eng Keat Wesley Koh-Junsuke Kubo semasa Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura 3-1 pada aksi suku akhir di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) biarpun dihimpit pelbagai masalah terutama kecederaan.

Pada aksi suku akhir tersebut, skuad negara bermula langkah kiri selepas perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong menarik diri akibat dihimpit kecederaan belakang sementara Lee Zii Jia pula berdepan masalah kesihatan, namun ia tidak mematahkan semangat skuad negara apabila berjaya menewaskan Singapura.

Pada saingan tersebut, pujian harus diberikan kepada semua pemain apabila berjaya menolak ketepi semua masalah itu dan bangkit mencari kemenangan terutama sejurus beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei memastikan tempat ke separuh akhir menjadi milik Malaysia selepas mengetepikan cabaran gandingan Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-6, 20-22, 21-8.

“Perasaan bercampur baur kerana perasaan teruja dan tertekan pun ada kerana kita bermain dilaman sendiri.

“Pada perlawanan tadi, saya berpuas hati dengan set pertama perlawanan dan kurang berpuas hati pada set kedua kerana bermain terlalu berhati-hati. Apapun, pada saingan itu saya sering katakan pada diri agar kekal fokus pada setiap permainan,” kata Sze Fei sejurus tamat perlawanan.

BEREGU negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik bangkit menentang pemain Singapura, Loh Kean Hean-Jia Hao Howin Wong semasa Kejohanan Badminton Asia 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Pada aksi tersebut, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampil dengan aksi mencemaskan sebelum bangkit menyamakan kedudukan sejurus mengatasi Loh Kean Hean-Howin Wong Jia Hao dengan keputusan 21-11, 22-24, 21-14 sekali gus menyamakan kedudukan 1-1.

Kemenangan tersebut melonjakkan semangat pemain perseorangan kedua negara, Leong Jun Hao apabila berjaya meletakkan Malaysia di depan apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas Joel Koh dengan keputusan 21-8, 21-12.

Nur Izzuddin-Sze Fei memastikan kemenangan menjadi milik negara untuk ke separuh akhir selepas menamat cabaran Singapura selepas bangkit mengatasi gandingan Wesley Koh-Junsuke Kubo 21-6, 20-22, 21-8.

Kemenangan meletakkan Malaysia dalam landasan terbaik untuk mengekalkan kemenangan yang mereka perolehi dua tahun lalu.

Lebih manis, kemaraan ke separuh akhir turut menyaksikan skuad lelaki negara berjaya layak secara merit ke saingan Piala Thomas di Chengdu, China pada April depan. -KOSMO! Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI