fbpx

Penagih dadah lari selepas kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta jenis Proton Saga terbabas di Kilometer 7.6, Jalan Pedas Kundur Linggi, manakala pemandunya dipercayai penagih sedang diburu polis. -IHSAN POLIS

REMBAU – Polis memburu seorang penagih dadah yang melarikan diri selepas kereta jenis Proton Saga dipandunya terbabas dalam longkang di Kilometer 7.6, Jalan Pedas Kundur Linggi di sini hari ini.

Kejadian pukul 10 pagi itu berlaku ketika suspek cuba melarikan diri ketika hendak ditahan di Kilometer 242, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).

“Peronda lebuh raya telah mengejar kereta tersebut sehingga masuk ke Jalan Pedas Kundur Linggi. Sampai di tempat kejadian kenderaan yang dipandu suspek telah terbabas ke longkang sebelah kiri jalan.

“Suspek telah membuka pintu kenderaan dan melompat keluar lalu melarikan diri dalam kebun kelapa sawit. Turut ditemukan dalam kereta yang terbabas ialah peralatan menghisap dadah,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Hazri lagi, polis kini giat mengesan suspek.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di nombor 06-6851999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI