fbpx

Pekerja di Bangkok diarah bekerja dari rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cuaca berjerebu di sekitar Sungai Chao Praya dirakam di Bangkok hari ini. - AFP

BANGKOK – Pekerja-pekerja di bandar raya Bangkok diarah bekerja dari rumah bagi mengelak daripada menghirup udara berbahaya ketika jerebu tebal menyelubungi ibu kota Thailand itu hari ini.

Pihak berkuasa Bangkok meminta kerjasama daripada majikan untuk menguatkuasakan arahan tersebut bagi mengelakkan pekerja daripada terdedah dengan situasi yang dijangka berlarutan sehingga esok.

Laman web pemantauan udara, IQAir meletakkan Bangkok sebagai antara 10 bandar paling tercemar di dunia pada pagi ini.

Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata, semua pekerja bandar yang memiliki kira-kira 11 juta orang itu akan bekerja dari rumah pada hari ini dan esok.

“Saya ingin meminta kerjasama daripada rangkaian Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) yang merangkumi kira-kira 151 syarikat dan organisasi, baik pejabat kerajaan mahupun swasta,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Chadchart, lebih 60,000 orang terjejas akibat situasi tersebut.

Kualiti udara di Thailand kerap berada pada paras buruk tahun ini disebabkan asap daripada petani yang membakar jerami, selain pelepasan industri dan asap ekzos kenderaan. 

Selain Bangkok, bandar utara Chiang Mai disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia pada dalam beberapa hari pada tahun lepas. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI