fbpx

Legenda Disco Dancer, Mithun Chakraborty tenat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITHUN CAKRABORTY

BEBERAPA jam selepas dilaporkan tenat, keluarga aktor legenda Mithun Chakraborty menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Menantunya, Madalsa Sharma berkata, ada pihak yang berlebih-lebihan membuat kenyataan palsu sehingga membimbangkan peminat.

Madalsa yang juga seorang pelakon berkata, mentuanya dibawa ke hospital hanya untuk menjalani rutin pemeriksaan biasa.

Pada masa sama, ramai ahli keluarga lain turut berkongsi perkara sama dalam media sosial bagi menangkis dakwaan mengenai penyakit kronik dihadapinya.

Mithun antara bintang popular sekitar tahun 1980-an selain dikenali dengan gelaran Disco Dancer.

Pelakon itu juga aktif dalam arena politik selepas lama tidak berlakon dan sempat menjadi ahli parlimen selain kali terakhir sebagai juri program realiti, Dance Bangla Dance.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI