fbpx

Apam balik tersenarai pankek ke-35 terbaik dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Laman sesawang TasteAtlas menyenaraikan apam balik sebagai salah satu daripada 50 pankek terbaik dunia dengan skor 4.2 daripada 5.

Menurut carta TasteAtlas, apam balik berada di tangga ke-35 mengalahkan pankek tradisional bersama sirap mapel dari Kanada di tempat ke-42 dan gamjajeon, penkek kentang dari Korea di tempat ke-46.

TasteAtlas menobatkan pankek dari Perancis, crepe di tempat pertama diikuti oleh pankek dari Austria-Hungary, Kaiserschmarrn di tempat kedua.

Pankek tradisional dari China, Jianbing berada di tempat ketiga, manakala khanom krok, pankek kelapa dari Thailand berada di tempat keempat.

Untuk rekod, laman TasteAtlas sering mengumpulkan resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan artikel penyelidikan tentang bahan dan hidangan popular dari serata dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI