fbpx

[VIDEO] KPN ‘terjah’ lokap balai Mantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Razarudin ketika lawatan mengejut semalam.

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meneruskan tinjauan penugasan pegawai dan anggota di lapangan dengan melawat lbu Pejabat Polis Daerah Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Kontinjen Negeri Sembilan, semalam.

Difahamkan, lawatan mengejut itu adalah susulan daripada tinjauan beliau di Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang kelmarin.

Razarudin menerusi akaun TikToknya berkata, tindakan itu adalah bagi memantau sendiri operasi harian yang dilaksanakan anggota serta pegawainya.

“Tujuan tinjauan mengejut itu dilakukan bukanlah untuk mencari kesalahan dan segera menjatuhkan hukuman, malah lebih kepada memberi teguran serta memperbetulkan amalan tugasan agar tidak tersasar daripada landasan pasukan.

“Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. Insya-Allah,” tulisnya.

Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, beliau sempat memberi nasihat serta teguran kepada anggotanya yang bertugas.

“Saya minta jaga kerja, nyawa, keselamatan kita serta harta kerajaan.

“Sekiranya baik anda di lapangan (melaksanakan tugas), maka baiklah PDRM (imej pasukan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

@igrazor Susulan lawatan mengejut saya ke Pusat Kawalan Daerah (DCC), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam, saya telah meneruskan lawatan ke IPD Nilai dan Lokap Balai Polis Mantin di Negeri Sembilan, semalam. Tujuan tinjauan penugasan terhadap pegawai dan anggota saya di lapangan bukanlah untuk mencari kesalahan dan menjatuhkan hukuman. Jika pasti berlakunya kesilapan atau kekhilafan petugas di lapangan, ianya perlu dinasihat, ditegur dan diperbetulkan segera agar tidak menjadi ikutan serta amalan yang salah. Sama-sama kita perbetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul. InsyaAllah. #igrazor #polisdirajamalaysia #pdrm #fyp ♬ original sound – Tan Sri Razarudin Husain

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI