fbpx

Jun Hao terpaksa korbankan kemeriahan Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUN HAO hanya diberikan cuti sehari untuk meraikan perayaan Tahun Baharu Cina bagi memberikan fokus saingan BATC.

SAMBUTAN Tahun Baharu Cina kali ini dianggap sedikit berbeza buat perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao apabila dia hanya mengambil masa sehari sahaja untuk meraikannya bersama keluarga.

Ini kerana bekas juara remaja Asia itu perlu kembali ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) bagi menjalani latihan bersama rakan sepasukan sebagai persediaan menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) yang bermula Selasa ini.

Jun Hao menjelaskan, tempoh cuti sehari akan digunakan sebaiknya bagi meluangkan masa bersama keluarga sebelum menggalas misi penting mempertahankan kejuaraan BATC yang dimenangi dua tahun lalu.

“Persiapan setakat ini semuanya berjalan lancar dengan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum BATC bermula. Walaupun Tahun Baharu Cina, kami perlu menjalani latihan, tetapi saya sudah biasa dengan keadaan ini.

“Kali ini berbeza kerana biasanya saya dapat cuti lebih kurang tiga hari, sekarang satu hari sahaja. Saya akan gunakan masa cuti sehari itu untuk meraikannya bersama keluarga,” katanyat ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Terdahulu, Jun Hao disenaraikan dalam skuad kali ini bagi menggantikan Justin Hoh yang terpaksa digugurkan selepas pemain sedang meningkat naik itu mengalami kecederaan pada lutut kanannya.

Jun Hao percaya saingan kali ini lebih mencabar jika dibandingkan dengan edisi 2022 memandangkan sebahagian besar pasukan membariskan pemain-pemain terbaik selain turut menjadi medan mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI