fbpx

Sejarah hitam buat undang-undang syariah Islam – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 disifatkan sebagai sejarah hitam buat undang-undang syariah Islam di negara ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, susulan keputusan itu, ia sekali gus meletakkan undang-undang jenayah syariah Islam di 14 negeri lain dalam amat-amat bahaya dan kritikal.

“Kita amat sedih pada hari ini. Ini adalah ‘Black Friday’ iaitu Jumaat yang hitam kepada syariah Islam. Itu yang kita boleh gambarkan.

“Apabila satu undang-undang jenayah syariah sesuatu negeri dibatalkan maka, undang-undang ini di 14 negeri lain dalam keadaan yang amat-amat bahaya dan kritikal,” katanya ketika ditemui di pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI