fbpx

Kabinet tidak pernah bincang kurangkan hukuman Najib – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR diriingi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh ketika hadir di Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di MITC, Melaka, hari ini. -foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Kabinet tidak pernah membincangkan mengenai pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang diputuskan Lembaga Pengampunan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau hanya melaporkan mengenai pengurangan hukuman itu selepas keputusan dibuat pada minggu lalu.

Katanya, perkara itu bagaimanapun telah dipolitikkan oleh pihak pembangkang sehingga timbul pelbagai dakwaan kononnya terdapat campur tangan dalam penetapan hukuman tersebut.

“Kita Kabinet tidak pernah membincangkan (pengurangan hukuman), saya hanya melaporkan minggu lalu setelah keputusan dibuat Lembaga Pengampunan.

“(Permohonan) didengar oleh Yang di-Pertuan Agong tetapi keputusan baginda adalah muktamad mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. Mereka (pembangkang) tahu tapi dipolitikkan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Penjawat Awam Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC) Ayer Keroh di sini, hari ini.

Sementara itu Anwar juga memberitahu, Kerajaan Perpaduan tidak terlibat dalam keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan kuasa yang diperuntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI