fbpx

Energy stick tidak sama dengan produk vape – MVA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terdapat perbezaan ketara antara energy stick dengan produk vape. -Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Malaysian Vapers Alliance (MVA) menggesa semua pihak agar tidak menganggap energy stick yang dilaporkan dalam liputan berita sebelum ini  adalah sama dengan produk vape.

Presidennya, Khairil Azizi Khairuddin berkata, terdapat kekeliruan yang ketara dalam kalangan masyarakat dan beliau menegaskan bahawa tiada persamaan antara dua produk berkenaan kerana ia benar-benar berbeza.

“Fakta utamanya adalah produk penyedut hidung itu memiliki minyak, mint atau camphor manakala vape e-cecair pula terdiri daripada vegetable glycerin, propylene glycol dan nikotin. 

“Juga cara penggunaan bagi dua produk ini adalah berbeza sama sekali dan selain itu, tiada kajian menghubungkan penggunaan produk penyedut hidung dan juga vape.

‘Sehubungan itu, kami berharap semua pihak agar menghentikan segala dakwaan berhubung persamaan antara dua produk ini sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Khairil Azizi menerangkan,  merujuk kepada kelulusan daripada Kawalan Produk Merokok di bawah Bil Kesihatan Umum 2023 di Parlimen baru-baru ini, MVA menggesa Kementerian Kesihatan untuk menganjurkan perbincangan dengan pemain industri dan wakil pengguna untuk membangunkan garis panduan dan peraturan yang akan diperkenalkan dalam mengawal selia produk vape.

Jelasnya, MVA berkeyakinan bahawa adalah penting garis panduan ini perlu diadakan setelah mengambil kira corak penggunaan vape semasa dalam kalangan pengguna dewasa untuk mengelak daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.

“Kami menggesa kementerian untuk mengadakan sesi perbincangan dengan semua pihak bagi memastikan wujudnya satu peraturan yang digubal sepatutnya. 

“Kami bimbang bahawa peraturan yang sepatutnya dikuatkuasakan tidak selari dengan corak penggunaan pengguna, sekali gus situasi tersebut akan mendesak pengguna vape beralih kepada produk tidak terkawal atau lebih berbahaya, ini akan menyebabkan bekas perokok kembali semula kepada tabiat menghisap rokok tradisional.

“Kami merayu kepada kementerian bahawa peraturan yang berkesan perlu sejajar dengan tabiat sebenar pengguna vape. 

“Sebagai contoh, merujuk kepada pencarian kami selepas menemu bual seramai 708 pengguna vape tahun lalu memaklumkan bahawa majoriti daripada kumpulan tersebut menggunakan e-cecair yang mengandungi kepekatan lebih daripada 50 miligram nikotin per mililiter,” ujarnya.

Statistik berkenaan adalah penting dan ia perlu diberi perhatian oleh kementerian untuk menetapkan kadar kepekatan nikotin dalam e-cecair kepada paras yang lebih rendah yang akan membuatkan pengguna beralih semula kepada produk tidak terkawal dan juga bekas perokok kembali kepada tabiat menghisap rokok kerana majoriti daripada pengguna vape ada bekas penghisap rokok tegar.

Selain itu, Khairil Azizi menerangkan, MVA juga menggesa kementerian agar mempertimbangkan pendekatan mengurangkan bahaya tembakau yang kini semakin menunjukkan kejayaan di negara ini ekoran majoriti daripada pengguna vape adalah bekas perokok. 

“Pencarian kami juga pada tahun lalu mendapati bahawa 73.7 peratus di Malaysia adalah bekas perokok dan majoriti daripada mereka adalah pengguna vape kerana ia berkesan untuk membantu mereka berhenti daripada menghisap rokok tradisional.

“Sehubungan itu, adalah penting bagi kementerian untuk melihat semula pendekatan mengurangkan bahaya tembakau secara lebih serius dan memperkenalkan polisi dan peraturan baharu yang dapat membezakan antara rokok tradisional bagi mengalakkan lebih ramai perokok beralih kepada produk vape,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI