fbpx

Kejadian kepala air biasa berlaku, negara masih berhadapan MTL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nizarulikram (kanan) menunjukkan Sungai Kenjur di Kampung Poh, Bidor iaitu lokasi tujuh mangsa dihanyutkan kepala air semalam.

TAPAH – Kejadian kepala air di Sungai Kenjur di Kampung Poh, Bidor di sini semalam bukan fenomena luar biasa namun berpunca daripada hujan di kawasan hulu.

Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Nizarulikram Abdul Rahim berkata, ini kerana negara masih berhadapan dengan Monsun Timur Laut (MTL), justeru hujan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

“Kejadian kepala air ini biasa berlaku dan bukan bencana geologi atau aliran puing sebagaimana yang JMG terlibat. Ia berlaku mungkin disebabkan oleh hujan lebat yang berlaku di kawasan hulu.

“Kita masih lagi dalam musim MTL, kejadian hujan boleh berlaku pada bila-bila masa dan bukan di tempat seseorang orang itu berada,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas insiden maut melibatkan tujuh mangsa yang mana empat daripadanya meninggal dunia akibat dibawa arus deras berpunca daripada kepala air manakala tiga lagi berjaya diselamatkan di Sungai Kenjur, Kampung Poh semalam.

Pada masa sama, Nizarulikram menasihati orang ramai agar lebih peka dengan cuaca semasa terutamanya ketika musim perayaan dan cuti persekolahan yang disambut negara ketika ini.

“Kalau nak bawa anak-anak bercuti, pada perayaan seperti Tahun Baharu Cina, kena hati-hati dan cakna dengan laporan kaji cuaca Jabatan Meteorologi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI