fbpx

[VIDEO] Tendang, libas penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sepasang lelaki dan wanita menyerang penunggang motosikal di Jambatan Kedua Pulau Pinang, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang lelaki dan wanita bertindak samseng dengan menendang dan memukul penunggang lain di jalan raya tular di media sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di aplikasi X, kejadian terbabit dipercayai berlaku di Jambatan Kedua Pulau Pinang, baru-baru ini.

Berdasarkan klip video berdurasi lebih satu minit itu, kedua-dua individu yang dipercayai orang kelainan upaya (OKU) dilihat menyerang secara sengaja beberapa penunggang motosikal berhampiran mereka.

Selain itu, wanita terbabit yang memegang tali turut melibas penunggang dan kenderaan lain sekali gus mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, rata-rata meminta pihak berkuasa untuk menyiasat perkara berkenaan selain mengambil tindakan ke atas pelaku.

“Membahayakan pengguna jalan raya, mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat dan ambil tindakan,” kata Aji.

“Bulan lepas saya pernah terselisih dengan mereka, perempuan itu libas dengan tali bila ada orang lalu depan dia, rasanya pemegang kad OKU ni, semua orang biar sahaja tak ambil tindakan,” ujar Fayar Aykun.

“Orang tak buat salah semua dia nak kacau, kalau ditaham mesti keluar kad orang kelainan upaya (OKU) atau sakit mental,” jelas Dion.

“Takutnya ada orang macam ini, kenapa tiada tindakan lagi. Banyak televisyen litar tertutup (CCTV) atas jambatan itu,” kata Helmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI