fbpx

Spanco rugikan negara – Anwar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap pada Majlis Perjumpaan Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Februari 2024 di Puspanitapuri, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kontrak perolehan membekal dan mengurus kenderaan kerajaan dikendalikan Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) adalah merugikan negara.

Anwar berkata, kenyataan itu bukan baharu disuarakan olehnya, namun ia pernah dibangkitkan beliau ketika menjawat Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

“Sikap keras saya terhadap Spanco sejak saya menjawat Menteri Kewangan dahulu. Jadi siasat, saya tidak tahu di mana salahnya. Tapi saya tahu ia tidak betul.

“Saya tahu ia merugikan negara dan saya tahu ia tidak menyenangkan penjawat awam.

“Tetapi (ketika itu) kita lesu tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak ada ketegasan dan tekad politik untuk bertindak. Sekarang ada (ketegasan dan tekas politik),” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Bulanan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI