fbpx

Guru besar disyaki tipu tuntutan makan asrama RM1.3 juta ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Empat individu termasuk seorang guru besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan mengemukakan tuntutan palsu berhubung kontrak pembekalan makanan asrama sebuah sekolah rendah di negeri ini.

Mereka yang terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki berkenaan disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM1.3 juta.

Guru besar, ketua pembantu tabdir dan dua pengurus syarikat itu turut disiasat atas dakwaan mengemukakan tuntutan palsu terhadap kontrak pembersihan sekolah sama bernilai RM35,000.

Sumber memberitahu, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 30-an hingga 50-an ditahan sewaktu memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini pada pukul 11 pagi.

“Siasatan awal mengesyaki mereka telah berkomplot mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan makan minum murid di asrama sekolah berkenaan.

“Tuntutan dilakukan untuk 100 murid sedangkan yang sebenarnya sekolah itu cuma mempunyai 35 seorang. Perbuatan tersebut disyaki dilakukan pada tahun lalu dan 2022,” katanya di sini hari ini.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Malaysia 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid, yang dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI