fbpx

Malaysia minta negara maju bantu negara membangun menyahkarbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyertai Sesi Meja Bulat mengenai “Green Transition: Partnering for a Sustainable Future" sempena EU IPMF ke-3 di Belgium hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia menyeru negara-negara maju supaya memberi bantuan dan sokongan kepada negara-negara membangun ke arah usaha menyahkarbon.

Seruan itu dibuat pada Sesi Meja Bulat mengenai “Green Transition: Partnering for a Sustainable Future” sempena Forum Menteri Indo-Pasifik Kesatuan Eropah (EU IPMF) ke-3 di The Square, Mont des Arts, Brussels, Belgium hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bantuan dan sokongan termasuk daripada segi pembiayaan, pemberian insentif, teknologi dan pembangunan infrastruktur ke arah masa depan yang mampan.

“Malaysia turut mengetengahkan penting peralihan hijau dalam usaha mencapai pembangunan mampan dan pengawasan alam sekitar,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mohamad berkata, beliau turut menyatakan komitmen Malaysia dalam mencapai pelepasan gas rumah hijau bersih-sifar menjelang 2050 melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara pada sesi meja bulat berkenaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI