fbpx
Gambar fail warga asing yang ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Imigresen.

Henti sokong bisnes warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BARU-BARU ini, Jabatan Imig­resen (JIM) Kelantan menahan 238 warga asing dalam Ops Kutip di Kota Bharu.

Operasi itu dilaksanakan di lokasi tumpuan warga a­sing berniaga di Jalan Dato’ Pati merangkumi Hentian Bas Kota Bharu, hentian teksi dan Pasar Pokok Pinang.

Antara yang ditahan ialah warga Bangladesh, Indonesia dan Nepal. Kebanyakan mereka tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah meskipun mempunyai kad Suruhanjaya Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR).

Lokasi yang digempur JIM itu merupakan kawasan tumpuan ramai dan terletak di tengah bandar Kota Bharu. Hentian Bas Kota Bharu misalnya berada berdekatan lokasi ikonik pelancongan dan perniagaan iaitu Pasar Besar Siti Khadijah.

Pasar Pokok Pinang terletak berdekatan Pasar Besar Siti Khadijah dan menjadi alternatif penduduk membeli barangan basah dan keperluan harian.

Banyak premis di kawasan itu sudah dimonopoli oleh warga asing. Golongan tersebut juga dilihat sering berpelesiran di kedua-dua lokasi tersebut.

Mereka dilihat semakin berani membuka perniagaan terutama barangan basah dan keperluan harian tanpa berselindung dengan hanya menunjukkan kad UNHCR sekiranya diserbu pihak berkuasa.

Tinjauan selepas serbuan mendapati kawasan itu lengang tanpa kelibat warga a­sing dalam tempoh tertentu sahaja, namun mereka kembali berniaga tidak sampai seminggu kemudian.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Persatuan Pengguna Islam Kelantan, Datuk Seri Dr. Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, warga asing di Kota Bharu seolah-olah ‘besar kepala’ kerana berani menyewa atau menumpang premis untuk menjalankan perniagaan.

Menurutnya, keadaan itu memberi kesan kepada peniaga tempatan kerana warga asing kebiasaannya menawarkan harga barangan lebih murah berbanding harga pasaran.

“Warga asing yang berniaga di Pasar Pokok Pinang misalnya tidak menyewa premis di situ. Mereka hanya tumpang untuk menjual barangan mereka.

“Mereka jual sayur atau ikan pada harga murah. Keadaan itu menyebabkan peniaga-peniaga tempatan terpaksa bersaing dengan golongan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Justeru, Mohd. Fared berharap orang ramai agar tidak membeli atau menjana ekonomi golongan warga asing kerana golongan tersebut ketika ini dilihat semakin ‘besar kepala’.

Mengulas lanjut, menurut beliau, harga bara­ngan keperluan yang dijual peniaga tempatan adalah mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Warga asing ini mengambil kesempatan menjual pada harga yang jauh lebih murah.

“Jangan sokong kedai atau perniagaan milik warga asing. Golongan ini sebenarnya tidak menyumbang kepada ekonomi negara kerana semua hasil perniagaan yang diperoleh dihantar pulang untuk keluarga di negara masing-masing.

“Mereka bijak mengambil peluang yang terhidang di negara kita. Mereka boleh bekerja sebagai pengutip barangan lusuh sepenuh masa dengan mengu­tip besi buruk untuk mencari wang di negara ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, pengguna di negara ini dinasihatkan supaya lebih bijak membeli atau me­laburkan wang kepada sektor perniagaan.

Sebaiknya, pilih premis atau perniagaan milik orang tempatan sekiranya mahu membeli segala barangan keperluan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN