fbpx
Isteri yang tidak tahan dengan sikap narsisistik suami perlu bertindak segera bagi mengelakkan mengalami masalah lain. – Gambar hiasan

‘Suami kuat cari pasal, tapi susah minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Seorang wanita mendakwa kemurungan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan psikiatri angkara hubungan toksik dengan suami yang menghidap Gangguan Personaliti Narsisistik (NPD) dan dalam proses bercerai walaupun baru setahun bernikah.

Riyana, 40, berkata, mereka kerap bergaduh kerana suami­nya angkuh, sangat pentingkan diri, suka merendah-rendahkan dirinya, gemar mengungkit, play victim dan langsung tiada pe­rasaan simpati serta empati.

“Dia juga dingin terhadap saya dan tiada komunikasi yang baik di rumah. Saya dipergunakan untuk kepentingan dirinya selain sering meletakkan semua kesalahan kepada saya,” katanya.

Menurut Riyana, dia yang me­rupakan janda anak dua bernikah dengan suaminya iaitu duda anak tiga pada hujung tahun 2022 selepas lapan tahun berkenalan.

“Sebelum berkahwin, dia ada tunjukkan perangai narsis tetapi saya pejamkan mata kerana menganggap ia biasa dan cinta kepadanya.

“Apabila berkahwin, perangai­nya makin teruk dan menyakitkan hati hingga mengganggu kehidupan dan kerja. Kami kerap bergaduh dan dia tidak akan minta maaf walaupun dia salah,” katanya.

Ujar Riyana, akibat kemurungan, dia tidak mempunyai semangat untuk menguruskan diri, mengabaikan anak-anak dan pekerjaan selain menjauhkan diri daripada keluarga serta rakan-rakan.

Seorang lagi mangsa Zira, 43, berkata, dia terpaksa merahsiakan derita yang dialaminya kerana ibu dan bapanya menganggap suaminya seorang yang baik.

“Saya baru sahaja mendapatkan rawatan psikiatri kerana terlalu tertekan. Suami sangat pen­tingkan diri, angkuh dan sering menyalahkan saya jika berlaku sesuatu masalah.

“Bila saya tidak masak dia salahkan saya tetapi dia tidak beli barang dapur. Orang luar mungkin anggap remeh, tetapi pasangan NPD memberi kesan besar dalam kualiti hidup saya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN