fbpx

Dituduh bongkak, Puteri Balqis dedah alami ‘social anxiety disorder’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Balqis menolak dakwaan menyombong, sebaliknya mengakui mempunyai masalah bersosial yang mengakibatkannya bersikap dingin ketika berhadapan ramai orang.

Kata pelakon berusia 17 tahun itu, isu kesihatan yang disahkan sebagai ‘social anxiety disorder’ atau gangguan kebimbangan bersosial
menjadi satu penghalang diriya menjalani kehidupan seharian.

“Mungkin orang nampak saya macam berlagak, bongkak dan sombong, tapi hakikatnya saya sangat sayang semua peminat, besties (kawan).

“Saya introvert, ada social anxiety yang sangat teruk dan kalau berdepan orang tak dikenali saya jadi tak tahu nak cakap apa,” katanya dalam temubual sebuah program hiburan.

Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu tidak ketinggalan meminta maaf andai sikap dinginnya mencetuskan salah faham dan menyakiti hati individu lain terutama peminat.

“Saya minta maaf, saya bukan sengaja,” katanya yang turut mengakui mempunyai sifat pemalu menebal.

Persoalan tersebut diajukan kepada pelakon drama Rampas Cintaku itu adalah susulan reaksi wajahnya yang dikatakan tampak ‘ketat’ terutama ketika berhadapan khalayak.

Sebelum ini Puteri Balqis yang selesa disapa Aqish pernah mendedahkan pengalaman buruk ketika kecil mendorongnya memilih bersendirian, selain menimbulkan perasaan benci terhadap orang lain.

Situasi tersebut didakwa berpunca akibat fitnah yang dilemparkan individu tertentu kepada ibunya, Norashikin Mohd. Aziz dengan difitnah sebagai penagih dadah dan pelacur sehingga menjejaskann emosinya.

Dua tahun lalu, Aqish dan ibunya disahkan pakar psikiatri sebuah pusat perubatan mengalami gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN