fbpx

Kerja apit di Sungai Perai siap, pemulihan air petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pengapitan paip bocor di dasar Sungai Perai dilaporkan siap lima jam lebih awal pada pukul 6.30 petang tadi.

GEORGE TOWN -Kira-kira 84 peratus daripada 120,000 pengguna air yang terjejas dijangka akan menerima bekalan air lima jam lebih awal iaitu pada pukul 6.30 petang berbanding 11.30 malam, esok.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menerusi satu kenyataan berkata, Pelan A telah disiapkan kira-kira pukul 6.30 petang tadi, lima jam lebih awal daripada tarikh akhir pada 11.30 malam ini.

“Pencapaian ini terutamanya hasil kerja keras dan komitmen 22 anggota pasukan menyelam yang menyelesaikan tugas di bawah keadaan sungai yang memberangsangkan.

“Sehubungan itu, PBAPP telah memulakan pemulihan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna air yang terjejas. Tarikh akhir semakan telah dibawa ke hadapan kepada 6.30 petang esok, Sabtu.

“Pengguna yang berhampiran dengan Kompleks PBAPP Bukit Dumbar akan mendapat bekalan air terlebih dahulu. Pemulihan kemudiannya akan meluas ke selatan menuju ke Daerah Barat Daya (DBD),” katanya di sini, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu lagi, pemulihan penuh juga telah dijadualkan semula ke 6.30 petang pada hari Ahad ini.

“Semua pengguna air yang terjejas (termasuk pengguna di hujung paip agihan dan pengguna di kawasan tinggi) akan menerima bekalan air ketika itu.

“Kami akan memberikan lebih banyak kemas kini berkenaan Pelan A kemudian,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, PBAPP sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak iaitu melibatkan Pelan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350 milimeter (mm).

Kon Yeow berkata, Pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350mm di dasar Sungai Perai yang bocor. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI