fbpx

84 peratus pengguna terima bekalan air malam esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Para penyelam masih giat menjalankan kerja-kerja mengapit semula saluran paip di dasar Sungai Perai yang kini siap 80 peratus.

GEORGE TOWN – Kerja-kerja mengapit semula saluran paip yang bocor di dasar Sungai Perai, dekat sini dilaporkan selesai 80 peratus.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berkata, setakat pukul 4 petang tadi, semua kepingan pengapit telah diletakkan pada kedudukan yang diperlukan untuk menutup lubang pada saluran paip tersebut.

”Para penyelam kini berlumba mengejar masa untuk memasang semua pengapit di tempatnya. Garis masa yang dijangkakan untuk mengunci dan menyemak semua bolt ialah sekitar lima hingga tujuh jam,” katanya di sini hari ini.

Menurut PBAPP, dengan perkembangan baharu pelan A itu, pemulihan bekalan air kepada kepada 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas dijadualkan pada Sabtu ini, kira-kira pukul 11.30 malam.

”Baki 16 peratus lagi pengguna termasuk pengguna yang tinggal di kawasan tinggi serta di hujung paip agihan air mereka akan memperoleh bekalan air pada Ahad ini, kira-kira pukul 11.30 malam,” katanya.

Tambahnya, gangguan bekalan air berjadual (SWSI) untuk melaksanakan kerja-kerja pelan B telah dijadualkan pada 11.30 malam, Isnin depan ( 29 Januari) selepas bekalan air dipulihkan sepenuhnya di bawah pelan A.

”Ini akan memberi 120,000 pengguna terjejas tempoh 24 hingga 48 jam untuk mengisi tangki simpanan mereka sebelum penutupan saluran paip untuk membolehkan pelaksanaan kerja-kerja lencongan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI