fbpx

Elmina Lakeside Mall akan mula beroperasi suku ketiga tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan grafik projek pusat beli-belah pertama yang dibangunkan oleh Sime Darby Property di bandar Elmina.

PETALING JAYA – Projek hartanah milik Sime Darby Property Berhad, Elmina Lakeside Mall yang terletak di lokasi strategik di bandar Elmina telah mencatat kadar penghunian sehingga 85 peratus.

Projek yang merupakan pusat beli-belah dan berkeluasan 6.88 hektar itu dijangka dibuka pada suku ketiga tahun ini.

Ia memiliki keluasan lantai kasar kira-kira 400,000 kaki persegi dan merangkumi 712 tempat letak kereta menawarkan pelbagai tawaran menarik termasuk restoran pandu lalu, pilihan tempat makan tempatan dan antarabangsa, produk rumah dan gaya hidup, perkhidmatan dan kemudahan, kesihatan dan kesejahteraan serta butik gaya hidup.

Antara jenama yang bakal menghuni Elmina Lakeside Mall adalah Jaya Grocer, HarveyNorman, The Coffee Bean & Tea Leaf, Nak Nak, Inside Scoop, Kenny Hills Bakers, Jibby & Co, Chica Bonita, Sushi Zanmai, Para Thai, Super Saigon, Dolly Dim Sum, Watsons, Toys“R”Us, Twigs Bookshop, Lavender Bakery, Nyonya Colors, Ali, Muthu & Ah Hock, The Bike Artisan, Pets Wonderland dan  Happy Fish.

Ketua Pegawai Operasi bagi  Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, kedudukan lokasi pusat beli-belah yang strategik menjadi antara faktor menarik bagi peniaga memilih premis tersebut.

“Kami mengalu-alukan rakan kongsi perniagaan kami yang telah memilih Elmina Lakeside Mall sebagai destinasi utama untuk memperkenalkan kedai baru mereka. Kepercayaan peniaga terhadap produk kami adalah bukti kepada persekitaran runcit yang menarik yang ingin kami wujudkan. 

“Kami juga teruja untuk memperkenalkan pusat beli-belah kejiranan terbaharu dengan  ruang dinamik yang direka bentuk untuk pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan. 

“Dengan pelbagai jenis jenama yang terkemuka, tawaran khas, dan kemudahan yang terkini, kami yakin bahawa Elmina Lakeside Mall akan menjadi tempat tumpuan utama untuk para pengguna dan pembeli.

“Kami bukan hanya membina destinasi membeli-belah, kami juga sedang mencipta pusat komuniti gaya hidup untuk penduduk,” jelasnya.

Sebagai pusat beli-belah pertama di Bandar Elmina, Elmina Lakeside Mall menawarkan peluang untuk perniagaan yang ingin meraih pasaran yang pesat berkembang dalam  kalangan penduduk sedia ada di dalam dan sekitar perbandaran ini. 

Berhadapan dengan Elmina Urban Park, Elmina Lakeside Mall direka dengan konsep perniagaan al fresco dengan unsur-unsur biofilik seperti kedai makan tepi tasik, jalan-jalan berlandskap, struktur air dan persekitaran semula jadi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI