fbpx

Kerajaan benarkan bawa masuk pekerja asing ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (kiri) menanam anak pokok kelapa sawit pada majlis Anugerah Kecemerlangan MPOB 2023 di Bangi, hari ini. - Foto oleh IQBAL ROSLI / KOSMO!

BANGI – Kerajaan hanya membenarkan kemasukan pekerja asing bagi sektor perladangan untuk memenuhi keperluan dan permintaan kira-kira 40,000 buruh dalam industri tersebut.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sehubungan itu, pengambilan pekerja asing itu akan diperketatkan bagi memastikan syarikat dan majikan selain buruh tersebut mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Tinjauan kita sehingga Disember 2023 mendapati, kira-kira 40,000 pekerja asing masih diperlukan untuk sektor perladangan, jadi mana-mana syarikat yang terlibat boleh menghantar permohonan kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM).

“Jadi, kita akan pastikan ladang itu di mana, berapa keluasannya termasuk pekerja sedia ada. Selain itu, kena pastikan tempat tinggal mereka kerana kita tidak mahu mereka datang, tapi tak sediakan tempat tinggal.

“Kita ada penanda aras misalnya 1.5 hektar ladang getah, memerlukan seorang pekerja. Ini pentingnya sewaktu temu bual dengan mereka di sana, pekerja kena tahu datang ke Malaysia untuk bekerja di sektor apa,” katanya pada sidang akhbar majlis Anugerah Kecemerlangan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya pekerja asing tersebut datang ke Malaysia, tetapi tiada pekerjaan, pihak majikan juga mesti membayar gaji mereka.

“Hal ini bagi mengelakkan negara dituduh sebagai pemerdagangan manusia atau buruh paksaan. Ia penting dalam mengelakkan isu berbangkit yang menyebabkan produk kita disekat daripada dieksport ke luar negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI