fbpx

TNB diiktiraf atas komitmen tinggi terhadap keselamatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Head Grid System Operator (GSO) TNB, Ir. Shanmugam Thoppalan, menerima Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili pihak Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC), TNB

PETALING JAYA – Pusat Kawalan Muatan Kuasa Nasional (NLDC), Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuktikan dedikasi kukuh terhadap keselamatan negara dan peralihan tenaga dengan meraih anugerah tertinggi dalam Anugerah Penarafan Bintang Sasaran Penting (APBSP) 2023 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

TNB melalui satu kenyataan berkata, pengiktirafan anugerah tertinggi lima bintang kepada NLDC itu memperlihatkan kepakaran TNB dalam memastikan operasi pembekalan elektrik yang cekap di samping kawalan keselamatan yang tinggi dan cemerlang bagi memastikan aset kritikal negara kekal selamat.

“Sebanyak 28 syarikat tersenarai menerima pengiktirafan dalam lima kategori semasa APBSP 2023 atas pengurusan kawalan keselamatan dan perlindungan yang tinggi dan cekap bagi instalasi-instalasi kritikal negara.

“Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah di Bersia, Perak dan substesen utama TNB di Bukit Tambun, Pulau Pinang dan Chuping, Perlis masing-masing turut diiktiraf lima dan empat bintang dalam anugerah yang sama,” kata kenyataan tersebut.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Pusat Konvensyen Leo Moggie, TNB Platinum di Bangsar.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif TNB, Datuk Seri Ir. Baharin Din berkata, anugerah tersebut telah menterjemahkan komitmen berterusan TNB dalam menjaga aset kritikal negara dan usaha gigih melaksanakan Peralihan Tenaga yang bertanggungjawab.

“Selari dengan aspirasi TNB dalam menyokong agenda kelestarian dan mencapai Sifar Bersih menjelang 2050, penekanan digitalisasi dan automasi secara signifikan meningkatkan kualiti perkhidmatan keselamatan.

“Kami sentiasa memantau keselamatan aset utama di seluruh negara dengan memberi keutamaan kepada keupayaan pencegahan, pengurusan insiden, dan menangani risiko keselamatan yang semakin berkembang,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI