fbpx

Penduduk kampung dibantu daftar Padu secara manual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid menyantuni pengunjung yang hadir pada majlis berkenaan di Shah Alam, hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM- Kementerian Kemajuan Desa Wilayah (KKDW) akan mengeluarkan borang bagi membolehkan rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dapat mendaftar di dalam Sistem Pengkalan Data Utama (Padu).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pencetakan borang ini dibuat setelah mendapat permohonan daripada penduduk di kawasan tersebut yang meminta kerajaan supaya pendaftaran secara manual turut diadakan, selain pendaftaran secara dalam talian menerusi sistem Padu.

“Akan (dicetak) borang bagi pendaftaran Padu secara manual kerana tidak semua boleh mendaftar di atas talian.

“KKDW akan bekerjasama dengan Kementerian Ekonomi supaya penduduk luar bandar boleh juga mendaftar secara manual memandangkan subsidi bersasar akan dilaksanakan tidak lama lagi,” katanya selepas menghadiri Majlis Ponggal Perpaduan 2024 di Pusat Konvensyen IRDKL, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, akan meminta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan ketua kampung untuk turut sama membantu golongan tersebut mendaftar di dalam sistem pengkalan data berkenaan.

Dalam perkembanga berlainan, Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Majlis bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara menegaskan, belia India harus diberikan peluang untuk menceburi bidang TVET berteknologi tinggi supaya mereka dapat mempertingkatkan taraf kehidupan mereka.

Justeru itu, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) akan terus menyantuni permasalahan yang dialami kaum tersebut.

“Kita akan sesuaikan minat mereka dalam bidang tertentu untuk dilatih di dalam TVET. Selain itu, akan bekerjasama dengan institusi dan universiti teknikal di India untuk kita promosikan TVET yang berdasarkan pendidikan teknologi terbaharu di dunia,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI