fbpx

Ibu, bapa tiri ditahan bantu siasatan remaja dianiaya buruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita (kiri) ditahan bagi membantu siasatan kes rogol anak perempuannya di Mahkamah Majistret Kemaman, hari ini.

KEMAMAN – Seorang ibu ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 Januari ini, bagi membantu siasatan kes anak kandungnya berusia 16 tahun yang mendakwa diperkosa seorang buruh pada awal bulan ini.

Perintah reman terhadap wanita berusia 43 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, wanita berkenaan ditahan pada pukul 7 petang semalam.

“Mengikut laporan awal, mangsa iaitu anak wanita terbabit mendakwa telah dirogol lelaki berusia 18 tahun beberapa minggu lalu dan mendakwa bapa tirinya yang berusia 32 tahun merupakan dalang kes tersebut,” katanya di sini, semalam.

Hanyan berkata, suspek dan bapa tiri mangsa ditahan berikutan laporan polis dilalukan mangsa dan kakaknya berusia 19 tahun, semalam.

Tambah beliau, siasatan awal percaya remaja perempuan itu pernah menjadi mangsa seksual bapa tirinya yang merupakan pengumpul barang terpakai sebelum ini.

“Mangsa yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik telah dirujuk ke Hospital Kemaman, di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek rogol dan bapa tiri mangsa pula sedang direman tujuh hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI