fbpx

Bahan bakar petrol punca kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

IPOH – Laporan forensik oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) mengesahkan bahan bukti berupa botol yang dijumpai dalam kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham minggu lalu, berisi bahan bakar iaitu petrol.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, maklumat berkaitan punca kebakaran itu diterima Khamis lalu dan laporan rasmi berhubung penemuan itu akan diterima pihaknya dalam masa terdekat.

“Setakat ini, kes masih disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api atau benda letupan. Keterangan 11 orang saksi telah dirakam dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terlibat,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI