fbpx

Wira Op Daulat, Mohamad Hasnal terima pengiktirafan tertinggi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong mengurniakan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) kepada Mohamad Hasnal di Istana Negara semalam.

PETALING JAYA – Wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam insiden pencerobohan di Kampung Simunul, Semporna, Sabah pada Mac 2013, Deputi Superintendan Mohamad Hasnal Jamil, 42, dikurniakan pengiktirafan tertinggi negara semalam.

Beliau yang cedera ditembak dan ditetak pengganas Sulu semasa Op Daulat menjadi penerima tunggal Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara.

Mohamad Hasnal hampir kehilangan nyawa dalam insiden berdarah tersebut apabila terkena tiga das tembakan pada bahagian perut dan lengan kiri selain ditetak di kepala serta tangan dengan kapak oleh pengganas sehingga meninggalkan parut kekal.

Menurut laman Facebook PDRM, pegawai kanan polis dari Cawangan Khas Bukit Aman dan merupakan anak jati negeri Kedah itu kini meneruskan khidmat baktinya dengan penuh tekad perjuangan serta azam yang tinggi tanpa sedikit pun merencatkan tugasnya untuk terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI