fbpx

Penumpang terkurung dalam tandas sepanjang penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa pergi ke tendas sebaik sahaja pesawat itu berlepas. - Yahoo

NEW DELHI – Seorang penumpang di India dilaporkan terperangkap di dalam tandas pesawat sepanjang tempoh penerbangannya, lapor portal berita Independent semalam.

Lelaki itu menaiki pesawat milik SpiceJet dalam penerbangan dari Mumbai ke Bengaluru kelmarin. Dia pergi ke tandas sebaik sahaja selepas pesawat berlepas.

Selepas selesai menggunakan tandas, lelaki itu gagal membuka pintu dan meminta pertolongan kakitangan penerbangan untuk membuka kunci dari luar, namun usaha mereka gagal.

Kakitangan penerbangan cuba berkomunikasi dengan mangsa dengan menyelit nota di bawah pintu tandas. 

Penumpang itu akhirnya dibebaskan selepas pesawat  mendarat di lapangan terbang Bengaluru setelah menamatkan perjalanan selama satu jam dan 45 minit.

Syarikat penerbangan SpiceJet memohon maaf atas kejadian itu dan berkata, penumpang berkenaan akan mendapat bayaran balik tambangnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI