fbpx

Isteri pertama fail fasakh lepas suami lumpuh kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga isteri pertama mengambil keputusan untuk memfailkan fasakh apabila suaminya gagal memberi nafkah selepas lumpuh separuh badan akibat kemalangan.

Bagaimanapun, wanita itu yang enggan dikenali memberitahu bahawa dia tidak mempunyai masalah sejak suaminya berpoligami, dua tahun lalu.

“Suami poligami dah dua tahun. Tiada masalah walaupun mula-mula agak sakit. Tapi pujuk hati untuk reda kerana suami bukan hak saya tapi hak Allah. Sebab tu Allah wajibkan suami bagi nakfah pada isteri.

“Sekarang ini suami dah tiga bulan terlantar kerana lumpuh separuh badan selepas kemalangan. Tak boleh kerja dan tak mampu dah bagi nafkah,” katanya dalam hantaran di Facebook, kelmarin.

Sehubungan itu, menurutnya, dia memilih untuk mengundurkan diri dalam hubungan tersebut selepas mendapatkan khidmat kaunseling daripada pihak jabatan agama.

“Saya ada pergi kauseling di pejabat agama. Memang ustaz dan ustazah kata dalam Islam dibenarkan serta tidak berdosa jika isteri fail fasakh.

“Cuma ustaz kata kalau jaga (suami) pahala besar. Tapi saya fikir, jika suami gunakan hak dia sebagai suami untuk kahwin dua tanpa fikir perasaan saya, jadi tidak salah saya gunakan hak saya sebagai seorang isteri,” jelasnya.

Berikutan itu, kata wanita itu, dia telah menghantar suami ke rumah madu sebelum meminta maaf kepadanya kerana tidak dapat meneruskan perkahwinan.

“Saya sempat salam mintak maaf, minta ampun pada suami tak dapat teruskan jaga kerana ini di luar kemampuan dan kekuatan saya. Suami hanya menganguk faham.

“Cuma saya tak faham kenapa saya dalam proses nak fail fasakh dah nak hampir selesai Alhamdulilah, tiba-tiba madu saya pun nak fail fasakh,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI