fbpx

‘Allah ketuk hati saya selamatkan mereka walau badan penat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota tentera menceritakan pengalaman membantu pasangan kekasih yang terjatuh Jambatan Pulau Pinang pada Isnin lalu.

GEORGE TOWN – “Yang pen­ting hendak selamatkan (nyawa) mereka, sebab itu saya terjun.”

Demikian kata anggota tentera, Koperal Mazlan Abdul Rahman, 35, yang menjadi perhatian ramai selepas tindakannya menyelamatkan nyawa pegawai polis berpangkat Inspektor dan teman wanitanya yang terjatuh Jambatan Pulau Pinang pada Isnin lalu.

Cerita Mazlan, dia tergerak hati untuk terjun jambatan iko­nik Pulau Pinang itu selepas melihat pasangan tersebut dalam keadaan terkapai-kapai di laut.

Menurut anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RMAD) Kem Sungai Ara, Bayan Lepas itu, dia langsung tidak memikirkan risiko yang berlaku ke atas dirinya dengan bertindak sedemikian.

“Saya menggunakan ilmu sewaktu menyertai kursus penyelamatan untuk menyelamat mereka. Saya tidak pernah terfikir keadaan (risiko) di bawah kalau saya terjun.

“Yang penting, saya hendak menyelamatkan mereka. Mungkin Allah ketuk hati saya untuk selamatkan mereka walaupun badan penat kerana baru pulang dari kerja.

“Jika diikutkan saya pun tidak sangka saya masih mempunyai stamina untu berbuat demikian,” katanya menerusi panggilan vi­deo, di sini semalam.

Bapa kepada dua anak itu memberitahu, sebelum ini dia pernah mengikuti kursus terjunan setinggi 10 meter dan latihan tempur ketika peperangan yang digunakan sepenuhnya ilmu tersebut untuk membantu pasangan terbabit.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang pengguna jalan raya sanggup menggadai nyawa selepas terjun dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai dekat sini bagi menyelamat satu pasangan yang terjatuh.

Sebelum itu, pasangan terbabit dikatakan sedang bertengkar sebelum terjatuh jmbatan berke­naan.

Susulan kejadian itu, seorang inspektor disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh.

Siasatan mendapati wanita berusia 40 tahun yang bekerja kilang mendakwa telah ditolak oleh pegawai terbabit setelah bertengkar. Suspek masih dirawat di hospital kerana kece­deraan pada kepala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI