fbpx

Hetty Koes Endang penat, enggan bikin konsert lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH lima dekad bergelar penyanyi, Hetty Keos Endang mahu berehat sambil mengikuti perkembangan artis baharu yang mewarnai industri seni Indonesia.

PETALING JAYA – Selepas 53 tahun berkecimpung dalam dunia seni, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang bercadang untuk berehat dan tidak mahu lagi mengadakan konsert pada masa akan datang.

Penghibur berusia 67 tahun itu ketika ditemu bual secara dalam talian berkata, keputusan itu diambil berikutan terlalu penat apabila sudah terlibat dengan puluhan konsert, selain menghasilkan 150 album.

Kata Hetty lagi, sepanjang berehat dia hanya mahu melihat perjalanan artis muda yang semakin ramai mewarnai persada seni muzik di negaranya.

“Saya sudah penat. Bagilah peluang kepada penyanyi muda pula. Sudah 53 tahun saya terbabit dalam bidang seni, sampai masa untuk saya jadi pemerhati sahaja.

“Saya telah lakukan banyak perkara sepanjang karier. Apa lagi yang saya mahukan?” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, Hetty yang ditemui semasa sesi bersama media untuk mempromosikan persembahannya, After Hours With Hetty Koes Endang, tidak keberatan untuk terbabit dengan persembahan bagi tujuan kebajikan berbanding persembahan komersial.

“Saya hanya akan menolak persembahan berbentuk komersial sahaja. Jika melibatkan acara amal, saya boleh lakukan.

“Perkara itu lebih membuatkan saya berasa senang (gembira),” katanya.

Bercakap tentang persembahan After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti, pelantun lagu Kasih itu berkongsi rasa teruja apabila bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia.

“Sudah tentu saya gembira dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di Malaysia. Saya berharap semuanya berjalan dengan lancar dan diberikan Kesihatan yang baik,” katanya.

Lebih Istimewa persembahan itu turut menampilkan Naqiu sebagai penyanyi undangan yang akan mendendangkan beberapa lagu, termasuk duet bersama Hetty.

Hetty atau nama sebenarnya Hetty Koes Madewy memulakan kerjaya seninya pada 1974 sebagai penyanyi muzik Keroncong.

Antara pencapaian yang diraih sepanjang bergelar anak seni adalah juara bagi pertandingan Festival Penyanyi Se-Jawa Barat untuk tiga tahun berturut-turut (1972-1974), tempat ketiga Asean Pop Song Festival (1982) dan Penyanyi Terbaik di Vina Del Mar Song Festival di Chili (1983). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI