fbpx

Pemulihan bekalan air di Pulau Pinang capai 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berjaya memulihkan bekalan air kepada keseluruhan pengguna yang terjejas mengikut jadual yang ditetapkan, hari ini.

PBAPP memaklumkan status pemulihan bekalan air keseluruhannya telah mencapai 100 peratus awal pagi tadi kepada 590,000 pengguna terjejas akibat gangguan bekalan air berjadual yang bermula 10 Januari lalu.

Sebelum ini bermula Rabu lalu, sebanyak 590,000 akaun pengguna di seluruh Pulau Pinang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual.

PBAPP berkata, tahap ketiga pemulihan bekalan air membabitkn 99.5 peratus daripada 590,000 pengguna terjejas di Seberang Perai dan di bahagian pulau negeri itu selesai sepenuhnya pukul 6 pagi tadi.

”Tahap empat pemulihan bekalan air iaitu penyaluran bekalan air kepada baki 0.5 peratus daripada pengguna terjejas di kawasan kejiranan hujung paip agihan (EoL) dan tanah tinggi di kawasan selatan bahagian Pulau telah bermula pada pukul 6 pagi tadi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI