fbpx

SR Marine meterai MoU bina kapal saiz sederhana bersama Teroka Majubina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Isa (tiga dari kanan) bertukar dokumen MoU bersama Pengarah Urusan SR Marine Services, Sivanes Madavin di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – SR Marine Services Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menyediakan perkhidmatan marin lengkap kepada Teroka Majubina Sdn. Bhd., merangkumi peruntukan untuk pembinaan kapal saiz sederhana bagi pasaran Malaysia dan Asia Tenggara.

MoU berkenaan merupakan sebahagian daripada skop perniagaan Teroka Majubina yang akan membangunkan Kompleks Limbungan Kapal Hibrid yang bakal dibina di Tanjung Agas, Pekan, Pahang.

Pengerusi Teroka Majubina, Datuk Mohd. Isa Abu Kasim menyifatkan pemeteraian kerjasama tersebut sebagai satu kemajuan penting dalam merealisasikan dan menjayakan objektif pembangunan Kompleks Kapal Hibrid di Pekan.

“Sejak MoU pembinaan Kompleks Hibrid ditandatangani tiga bulan lalu, Teroka Majubina telah mencapai beberapa fasa kemajuan dan MoU hari ini membantu melengkapkan misi besar Teroka Majubina.

“Kerjasama untuk membina kapal saiz sederhana untuk kegunaan di Malaysia dan rantau Asia Tenggara akan menjayakan keperluan dan permintaan jangka panjang di rantau ini dan rantau lain,” katanya selepas majlis menandatangani MoU di ibu negara.

Teroka MajuBina kini dalam proses perancangan pembinaan Kompleks Kapal Hibrid di Tanjung Agas, dijangka mula beroperasi pada Jun 2025.

Pada 20 Oktober 2023, Teroka Majubina dan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah menandatangani MoU untuk membangunkan sebuah Kompleks Limbungan Kapal Hibrid merangkumi kawasan seluas 1,000 ekar (404 hektar) yang menempatkan enam dok kering sepanjang 500 meter, dikelilingi oleh 12 dermaga.

Nilai keseluruhan projek berkenaan adalah AS$1.5 bilion (sekitar RM7 bilion). – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI