fbpx

Janda libas teman lelaki ekoran selisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAWAU – Akibat perselisihan faham, seorang lelaki cedera di lengan dan betis akibat dilibas pisau oleh teman wanitanya yang juga janda dalam kejadian di rumah kongsi Batu 4, Jalan Apas pada Ahad lalu.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 30 bersama teman wanitanya berusia 24 tahun dalam perjalanan ke rumah mangsa dengan menaiki kenderaan e-hailing.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, ketika berada di dalam kenderaan, berlaku salah faham dan pertengkaran mulut mangsa dengan suspek.

“Setibanya di rumah, teman wanitanya (suspek) terus berlari masuk ke dapur dalam keadaan menangis dan keluar dari dapur sebelum masuk ke bilik mangsa dengan membawa sebilah pisau.

“Suspek terus bertindak melibas mangsa hingga cedera di bahagian lengan kanan dan kiri di bahagian lutut kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jasmin berkata, suspek terus bertindak agresif memecahkan beberapa keping cermin tangkap mangsa.

“Ketika itu, mangsa cuba memujuk teman wanitanya dan cuba merampas pisau daripada suspek. Selepas berjaya merampas pisau, suspek terus diam dan tidak lagi bertindak agresif. Keesokkannya suspek tiada di rumah sebelum mangsa membuat laporan polis,” katanya.

Menurutnya, ketika kejadian itu terdapat dua anak buah mangsa berada di rumah berkenaan.

“Susulan laporan polis itu, suspek berjaya ditahan polis di tepi jalan Lorong Emas pada pukul 5 petang kelmarin. Siasatan mendapati suspek penganggur dan mempunyai tiga jenayah lampau membabitkan dadah dan judi. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 kanun sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI