fbpx

Anwar akan teliti penarikan diri firma Jepun projek HSR Kuala Lumpur-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian melaksanakan projek HSR pada 13 Disember 2016 sebelum ditamatkan pada 1 Januari 2021 selepas gagal mencapai persetujuan. - GAMBAR HIASAN

SEPANG – Kerajaan akan meneliti kesan langsung susulan penarikan diri sebuah firma Jepun dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baharu sahaja menerima laporan (penarikan diri firma Jepun) itu hari ini.

“Saya baru sahaja terima laporan hari ini dan saya akan teliti,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat bersama rakyat Sepang di Masjid al-Hijrah, Persiaran Desa Pinggiran Putra, di sini hari ini.

Mengikut laporan agensi berita Jepun, Kyodo News yang memetik sumber, syarikat negara itu termasuk East Japan Railway Co, berharap untuk menggunakan sistem kereta api peluru Shinkansen Jepun dalam projek itu, tetapi mereka telah memutuskan ia akan menjadi terlalu berisiko tanpa sokongan kewangan kerajaan Malaysia.

Perkembangan itu dijangka memberi laluan kepada pesaing perniagaan dari China mengukuhkan lagi jejak mereka dalam pembinaan infrastruktur di Asia Timur selepas menyiapkan kereta api berkelajuan tinggi pada 2023 di Indonesia dan kini sedang membina satu lagi projek di Thailand. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI