fbpx

Amaran hujan berterusan buruk di Johor, Pahang sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya bagi negeri Johor dan Pahang bermula hari ini sehingga 14 Januari.

Katanya, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di negeri Pahang, Johor dan Sarawak.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan) dan Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) sehingga Ahad.

“Selain itu, di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei) dan Mukah, Sarawak sehingga hari ini,” jelas MetMalaysia.

Sementara itu, bagi keadaan cuaca pada pagi ini MetMalaysia meramalkan cuaca cerah dan mendung di kebanyakan negeri di Semenanjung.

“Hujan lebat yang berlaku di sekitar Johor (Rompin) sejak malam tadi akan berterusan sehingga beberapa hari lagi.

“Cuaca cerah dan baik seluruh negeri Sarawak dan ribut petir hanya dijangka berlaku di sekitar Sandakan dan juga pedalaman negeri Sabah.

“Keadaan cuaca ini akan berlarutan sehingga lewat tengah hari nanti,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI