fbpx

Wanita wajib tanam rambut yang telah dipotong – Mufti Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang wanita yang memotong rambut sama ada di kedai ataupun di rumah wajib menanam rambut tersebut bagi mengelakkan disentuh lelaki lelaki ajnabi (sah untuk berkahwin).

Ini kerana kata menurut perkongsian di laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), rambut wanita itu adalah sebahagian daripada aurat dan haram disentuh atau dipegang oleh golongan berkenaan.

“Rambut wanita ajnabi adalah aurat sama ada yang masih bersambung dengan anggota mahupun yang terpotong.

“Oleh itu, aurat bagi rambut wanita yang terpotong itu haram dipegang, ia juga wajib ditanam,” tulis hantaran itu.

Hantaran tersebut dibuat bagi menjawab pertanyaan seorang tukang sapu lelaki yang telah terpegang rambut gugur dipercayai milik wanita di hadapan sebuah kedai gunting rambut muslimah.

Menurut Sheikh Zainuddin al-Malibari kata PMWP, keseluruhan anggota wanita ajnabi yang haram dilihat, maka haram pula disentuh tanpa lapik kerana menyentuhnya lebih lazat.

“Begitu juga haram memegang wajah wanita ajnabi secara mutlak walaupun boleh melihat.

“Bukan sekadar itu sahaja, anggota yang terpisah haram juga dipegang seperti potongan kuku tangan, atau kaki dan rambut wanita. Anggota tersebut juga wajib ditanam,” ujarnya.

Jelas PMWP, aurat yang boleh didedahkan walaupun wajah wanita tetap tidak boleh disentuh.

“Bahkan rambut yang terpotong juga dikira aurat yang tidak boleh disentuh oleh lelaki ajnabi,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI