fbpx

Penduduk tolak habis-habisan asrama warga asing di Teluk Kumbar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Idiris (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar di Teluk Kumbar, hari ini.

BALIK PULAU – Penduduk setempat di Teluk Kumbar tetap membantah projek pembinaan asrama pekerja warga asing berkapasiti lebih 7,000 pekerja yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865, berhampiran Bandar Baru Perda, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar, Prof. Dr Muhammad Idiris Saleh berkata, pendirian berkenaan telah dinyatakan secara terbuka kepada Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menerusi perjumpaan di pejabat Ketua Menteri, semalam.

“Ketua Menteri maklumkan bahawa pihaknya akan menyemak semula perkara ini kerana kelulusan projek tersebut adalah kelulusan bersyarat malah kelulusan Penilaian Impak Sosial (SIA) juga adalah bersyarat, beliau juga maklumkan akan lakukan perbincangan dengan pihak berkaitan.

“Kami beritahu Ketua Menteri jangan bincang terlalu lama, penduduk tidak bersetuju dan tetap membantah sebarang projek pembinaan asrama pekerja warga asing di kawasan Teluk Kumbar,” katanya dalam sidang akhbar di Teluk Kumbar di sini, hari ini.

Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.

Semalam, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan, projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dibantah penduduk setempat sebenarnya adalah berkapasiti lebih 7,000 pekerja sahaja.

Menurut Muhammad Idiris, buat masa ini Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar telah meminta ahli mereka untuk melakukan ‘genjatan senjata’ dengan kerajaan negeri sehingga keputusan terkini berhubung pembinaan asrama itu dibuat oleh kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI