fbpx

Liverpool tak boleh terlalu yakin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOMEZ (kiri) bertekad memberikan segala-galanya buat Liverpool dalam misi memburu empat kejuaraan musim ini. - AFP

LIVERPOOL – Di sebalik peningkatan prestasi dan kejayaan kekal bersaing dalam empat saingan utama musim ini, Liverpool harus mengelak daripada bersikap terlalu yakin untuk melengkapkan misi ‘quadruple’.

Pertahanannya, Joe Gomez mengakui, The Reds kini tampil lebih bertenaga berbanding musim lalu dan kini fokus utamanya adalah untuk memburu keputusan positif pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) di Anfield menentang Fulham awal pagi esok.

Gomez, 26, merasakan perubahan yang dibawa pengendali pasukan, Jurgen Klopp akan menjadi sia-sia sekiranya pasukan bersikap ambil mudah tanpa keinginan untuk menjadi lebih baik.

“Kami tidak mahu memeningkan kepala, sebaliknya ingin kekal dengan kemahuan untuk tampil lebih baik sepanjang musim. Apa yang kami boleh lakukan adalah menghadapi satu demi satu perlawanan.

“Kami tidak boleh ambil mudah dan kami kena belajar daripada apa yang kami lalui musim lalu. Pasukan kali ini tampil lebih baik dan kami perlu kekalkannya,” kata pemain yang masih kekal di Anfield sejak pelantikan Klopp pada 2015..

Selain saingan EFL, Liverpool yang sedang mendahului carta Liga Perdana Inggeris (EPL), juga layak ke pusingan keempat Piala FA dan mara ke peringkat kalah mati Liga Europa.

The Reds kehilangan khidmat beberapa pemain utama seperti Andy Robertson dan Kostas Tsimikas yang mengalami kecederaan, manakala Mohamed Salah pula bersama Mesir di Piala Negara-Negara Afrika selain Wataru Endo menyertai Jepun di Piala Asia.

“Ia agak berbeza untuk bermain di sebelah kiri dan itu akan menjadi cabaran untuk saya menyesuaikan diri. Tetapi orang dalam kelab ini cukup mengenali saya dan mereka tahu saya akan berikan segala-galanya,” jelas Gomez. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI