fbpx

Kanak-kanak tertusuk besi: Keluarga masih trauma, terkejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang maut akibat tertusuk besi ampaian ketika berada di rumah keluarganya di sebuah apartmen Batu Caves, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya akan merakam percakapan keluarganya dalam masa terdekat untuk melengkapkan kertas siasatan itu.

“Seluruh keluarga masih dalam keadaan trauma dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.

“Oleh itu, pihak polis ambil masa untuk merakam percakapan terutama kanak-kanak yang memerlukan prosedur yang lain.

“Kanak-kanak dimaksudkan adalah abang mangsa berusia 10 tahun yang berada dalam bilik sama ketika kejadian,” katanya.

Jelasnya lagi, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik proses rakaman percakapan selesai.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, ketika kejadian, mangsa sedang bermain dengan besi ampaian di ruang dalam rumah tersebut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, kejadian pukul 2.30 petang itu disedari ibu mangsa berusia 40 tahun selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya yang melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

Menurut Hussein, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur.  – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI