fbpx

Barang kes RM1.16 juta dilupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMED Nordin menaiki jentera penggilis bagi melenyek barang kes sebagai simbolik pelupusan barangan tersebut di IPD Manjung, hari ini.

LUMUT – Barang kes bernilai RM1.16 juta yang dirampas di daerah Manjung dalam tempoh tiga tahun lalu dan selesai proses pendakwaan, dilupuskan hari ini.

Ia melibatkan 1,063 peralatan daripada 17 kes bitcoin; 11,590 karton rokok pelbagai jenama daripada empat kes penyeludupan rokok serta 284 peralatan termasuk telefon bimbit daripada 233 kes perjudian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, menjelaskan kesemuanya melibatkan 254 kes yang disiasat dari 2021 hingga 2023.

“Kesemua kes itu telah dirujuk ke mahkamah dan pejabat Timbalan Pendakwa Raya serta telah mendapat arahan pelupusan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelupusan barangan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di Seri Manjung, hari ini.

Menurut Mohamed Nordin, pelupusan itu dilakukan secara kaedah pelupusan terjadual secara ‘e-waste’ dan sisa pepejal di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Jelasnya, proses pelupusan barang kes itu dilakukan oleh syarikat berlesen dan berdaftar di bawah Jabatan Alam Sekitar dan mengikut prosedur operasi standard pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau memaklumkan pelupusan itu sekali gus dapat mengurangkan penyimpanan di setor barang kes di IPD Manjung yang terlalu banyak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI