fbpx

Tidak mahu jadi popular sebab isu air – Kon Yeow

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) meninjau tangki jumbo yang disediakan PBAPP di pekarangan Stadium Bandaraya, hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan beliau boleh mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menangguhkan kerja-kerja pembaikan paip di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua sekiranya mahu mengejar popular.

Bagaimanapun, Kon Yeow yang juga Pengerusi PBAPP berkata, beliau tidak berbuat demikian kerana mempunyai kewajipan dan tanggungjawab sebagai Ketua Menteri.

“Kalau saya mahu jadi popular saya minta PBAPP tangguh operasi dan tunggu Ketua Menteri seterusnya untuk memikul tanggungjawab ini.

“Tetapi kewajipan, tanggungjawab dan hati nurani saya tidak membenarkan saya berbuat begitu,” katanya dalam sidang akhbar di pekarangan Stadium Bandaraya di sini, hari ini.

Kon Yeow mengulas mengenai teguran bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerusi klip video yang tular pada sesi taklimat tertutup diadakan beberapa hari lalu susulan gangguan air berjadual.

Menurut Kon Yeow, penjelasan yang beliau berikan berhubung isu gangguan bekalan air itu mencukupi dan tidak perlu mana-mana pihak mempertikaikan lagi isu itu.

“Kita tidak perlu gaduh, tidak perlu pertikai apa-apa pun, cuma fokus kepada kerja-kerja wajib sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI