fbpx

Shila Amzah peluk diri sendiri tangani anxiety

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shila bersyukur dikurniakan seorang suami yang sangat memahami keadaan dirinya yang masih berperang dengan masalah keresahan melampau atau anxiety.

PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah mempunyai cara tersendiri untuk menangani sekiranya dirinya mengalami kebimbangan melampau atau anxiety.

Menurut Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, antara cara yang dilakukan untuk menenangkan diri ialah memeluk diri sendiri.

“Sebenarnya perkara itu adalah perjuangan berterusan yang saya lakukan sebelum berkahwin dengan Ubai.

“Selalunya saya akan memeluk diri sendiri dan memaksa diri untuk tidur. Mengurut jari jemari dan melakukan senaman penafasan juga adakalanya membantu,” katanya menjawab pertanyaan netizen mengenai cara untuk menangani anxiety.

Ujar pelantun lagu Patah Seribu itu, walaupun tidak terlalu berkesan, cara tersebut sekurang-kurangnya membantu memberi kelegaan buat diirinya terutama ketika seorang diri.

“Cara itu tidaklah berkesan setiap masa tetapi adakalanya membantu ketika saya seorang diri,” tuturnya.

Dalam hantaran lain, Shila turut berkongsi perjalanannya sepanjang tempoh kehamilannya ketika ini.

“Ada juga hari yang badan saya tidak ‘berfungsi’ dengan baik. Hilang selera makan, mual, muntah dan tidak mampu bangun dari katil.

“Saya juga menjadi terlalu beremosi, rasa hendak menangis. Hampir setiap hari saya menangis,” katanya.

Sementara itu, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang banyak membantunya menempuhi fasa kehamilan ketika ini.

“Alhamdulillah suami saya banyak membantu untuk saya menempuh semuanya sehingga ke saat ini.

“Tidak mudah tetapi semuanya okey,” ujarnya lagi.

Kelmarin, Shila mengesahkan dirinya kini hamil selepas lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Ubai yang juga seorang pensohor media sosial.

Dia juga sebelum ini pernah berkongsi menghidap anxiety dan antara punca utama ialah komen negatif yang diterima daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI