fbpx

Muntah-muntah, Fasha Sandha nafi sedang hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasha Sandha menafikan dirinya kini hamil selepas mengalami gejala muntah-muntah.

PETALING JAYA – Pelakon Fasha Sandha menegaskan simptom muntah yang dialaminya bukan kerana dirinya hamil sebaliknya disebabkan keracunan makanan kerana pengambilan makanan tidak bersih.

Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata, masalah keracunan makanan tersebut berpunca daripada membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.

“Sekejap sahaja sakit dan muntah. Bukan hamil tau, salah makanan atau minumam yang beli di tepi jalan.

“Selalunya okey sahaja, mungkin nasib tidak baik pada hari tersebut.

“Makanan atau minuman tersebut terkena kuman atau air yang digunakan tidak masak. Hati-hati ya semua,” katanya dalam InstaStory.

Dalam pada itu, dia memberitahu keadaan dirinya sudah semakin pulih dan akan lebih berhati-hati sekiranya ingin membeli makanan yang dijual di gerai tepi jalan.

“Alhamdulillah semakin pulih dan terima kasih kerana ambil berat tentang saya, maklumlah, jarang sakit.

“Pengajarannya, jangan makan sesuka hati pada ‘cheat day’. Kadang-kadang nasib tidak baik, kena keracunan makanan jua.

“Terima kasih suami sebab jaga saya ketika sakit. Sakit manja-manja,” ujarnya.

Sebelum ini, dia yang popular menerusi drama Rampas Cintaku itu pernah menyuarakan hasrat untuk menimang cahaya mata dan tidak kisah sekiranya perlu melakukan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya matai aitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI