fbpx
GAMBAR fail menunjukkan tIga gadis yang terlibat dengan aktiviti pelacuran ditunjukkan kepada media di Balai Polis Banda Aceh, Ogos tahun lalu. - Foto Serambinews.com

Tiga gadis terlibat pelacuran online dihukum penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANDA ACEH –  Mahkamah Syariah Banda Aceh menjatuhkan hukuman penjara terhadap tiga orang gadis kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran online, lapor portal berita Prohaba.co hari ini.

Majlis Kehakiman menjatuhkan hukuman itu setelah ketiga- tiga gadis tersebut yang masing-masing berumur  22, 23 dan 24 tahun didapati bersalah terlibat dalam kegiatan tidak bermoral.

Ketiga-tiga mereka dijatuhi hukuman penjara lebih tiga tahun semalam berdasarkan undang-undang syariah yang dilaksanakan di Aceh.

Mereka ditangkap pada Ogos tahun lalu di sebuah hotel kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan). 

Mereka ditangkap di sebuah hotel di kawasan Ulee Kareng oleh anggota-anggota polis Banda Aceh yang melakukan penyamaran.

Hakim memerintahkan supaya ketiga-tiga gadis berkenaan tetap ditahan sehingga mereka habis menjalani hukuman penjara . – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI