fbpx

Starlink adalah pilihan terbaik – Dr. Zulkifli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Zulkifli bergambar bersama peranti internet satelit Starlink yang bakal digunakan di pejabatnya.

PETALING JAYA – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri memilih untuk menggunakan perkhidmatan internet satelit Starlink di pejabatnya.

Menurut beliau, capaian internet yang terhad dan ketiadaan internet fiber adalah sebab utama beliau memilih untuk menggunakan satelit internet yang dibangunkan oleh SpaceX.

“Saya fikir Starlink adalah pilihan terbaik buat masa ini. Tidak ada pilihan lain,” katanya melalui sebuah kenyataan di laman Facebook, semalam.

Tambah Dr. Zul, pihaknya menerima ratusan soalan agama setiap hari selain kunjungan lebih 3.3 juta di web maktabahalbakri.com dalam tempoh 2 tahun.

“Malah, kami juga menerima hampir 50,000 pengguna aplikasi Al-Inarah di Play Store dan App Store dalam tempoh kurang 2 bulan.

“Banyak lagi projek ummah menanti untuk 2024. Terima kasih kerana terus menyokong kami untuk bergerak menuju ke arah antara badan penyelidikan bebas hukum syarak ternama di dunia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI