fbpx

Lexis Hibiscus Port Dickson dapat kelulusan pasang bunga api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden letupan bunga api di kawasan bumbung Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembila pada Ahad lalu.

PETALING JAYA – Lexis Hotel Group dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan bagi memasang bunga api sempena gimik sambutan malam tahun baharu pada Ahad lalu di Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menerusi perkongsian di Facebook, Lexis Hibiscus Port Dickson hari ini, pihaknya turut berdukacita dengan kejadian yang berlaku tempoh hari sehingga mengorbankan nyawa salah seorang pekerja bertugas.

“Semua langkah keselamatan telah dipatuhi dengan teliti dan pekerja profesional yang terlibat mempunyai hubungan kerja yang mantap dengan kumpulan hotel, dengan rekod keselamatan yang sempurna.

“Semua prosedur selaras dengan pertunjukan bunga api profesional telah dijalankan, termasuk perolehan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkaitan, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Lexis Hotel Group memberitahu, pihaknya kini menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan PDRM untuk menjalankan siasatan terperinci berkaitan insiden tersebut.

“Di Lexis Hotel Group, keselamatan adalah keutamaan kami dan siasatan menyeluruh oleh Polis Diraja Malaysia sedang dijalankan untuk memahami punca kejadian ini.

“Kami bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan akan mengambil setiap langkah untuk mencegah kejadian seperti itu pada masa hadapan.

“Memandangkan siasatan masih belum selesai, kami menggesa semua orang awam untuk tidak membuat spekulasi lanjut mengenai mana-mana bahagian kes itu dan untuk tidak berkongsi sebarang gambar atau video yang ditemui mengenai kejadian itu di bawah permintaan keluarga si mati,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera akibat terkena serpihan bunga api yang meletup di bahagian bumbung bangunan tempat letak kenderaan di Lexis Hibiscus Port Dickson pada Ahad.

Jelasnya, dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, 40, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di muka manakala rakannya, 39, dihantar ke Hospital Port Dickson untuk mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI