fbpx

AmJutaBiz tawar hadiah RM1 juta kepada PKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kempen terbaharu AmBank Islamic, AmJutaBiz yang menawarkan hadiah utama bernilai RM1 juta dijangka dapat mendorong perusahaan kecil dan sederhana (PKS), pemilik perniagaan dan perusahaan untuk meningkatkan simpanan mereka dalam Akaun Semasa-i (CA-i) AmBank Islamic.

Ini juga adalah inisiatif bank tersebut untuk menyokong pertumbuhan dan kejayaan perniagaan tempatan, terutamanya PKS.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Jamie Ling berkata, hadiah utama yang lumayan itu menunjukkan komitmen pihaknya untuk memberi impak yang besar kepada ke­sejahteraan kewangan PKS dan perniagaan tempatan.

“Sebagai tambahan kepada hadiah utama ini, peserta berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai lebih RM400,000 meningkatkan lagi keterujaan dan ganjaran untuk perniagaan yang mengamalkan kewangan yang berhemah.

“Kami mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh PKS dan pemilik perniagaan dalam memacu pembangunan ekonomi negara kita.

“Kempen ini direka bukan sahaja untuk memberi ganjaran kepada kehematan kewangan, tetapi juga untuk memberikan dorongan besar kepada perniagaan yang membentuk tulang belakang ekonomi kita,” kata­nya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ling menjelaskan, kempen tersebut juga bakal menjadi pemangkin kepada pelanggan untuk meneroka pelbagai jenis penyelesaian perniagaan inovatif yang ditawarkan oleh pihak bank selain mahu memastikan mereka mempunyai kelengkapan yang sesuai untuk berkembang maju dalam persekitaran yang kompetitif dan dinamik masa kini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI