fbpx

Tikus ‘healing’ panjat tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tikus itu gagal masuk ke dalam kereta kerana cermin tertutup rapat. - SRA

SINGAPURA – Sebuah klip video tular di media sosial Singapura memaparkan situasi seekor tikus berpaut pada pintu sebuah kereta ketika kenderaan itu sedang bergerak laju. 

Laman berita Mothership melaporkan, rakaman itu dimuat naik di media sosial kelmarin. Kejadian itu berlaku ketika kereta tersebut dipandu di kawasan kejiranan Boon Lay Avenue.

Tikus itu dilihat memanjat tingkap sebelah pemandu, namun ia tidak dapat memasuki kereta tersebut kerana cermin tertutup rapat.

Ia kemudian bergelut dengan angin kuat sebelum memanjat cermin sisi pada pintu kereta tersebut untuk mengelak daripada terjatuh.  

“Bukan sahaja ada lipas di dalam kereta, malah sekarang ada tikus. Ia tidak jatuh walaupun kereta dipandu laju. Jika saya tekan brek, adakah ia akan jatuh?” kata pemandu kereta tersebut.

Pemandu itu kemudian menekan brek seketika dan tikus itu terjatuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI