fbpx

Piala Asia: Korea Selatan mahu tamatkan kemarau trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann (tengah) telah mengeluarkan senarai 26 pemain yang akan dibawa ke Qatar nanti. - Foto ihsan Yonhap News Agency

KETUA jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann melaungkan amaran dengan meletakkan sasaran muncul juara Piala Asia 2023 di Qatar yang akan membuka tirainya 13 Januari ini.

Sebagai rekod, skuad Taeguk Warriors yang menduduki ranking ke-23 dunia telah diundi dalam Kumpulan E bersama Malaysia, Jordan dan Bahrain.

Menurut Klinsmann, barisan 26 pemain yang dibawa kali ini cukup sempurna, sekali gus meletakkan harapan tinggi untuk menamatkan penantian 63 tahun bergelar juara benua Asia.

“Saya sangat yakin dengan pasukan kerana kami memiliki ramai pemain berkualiti yang berada di puncak prestasi ketika ini. 

“Sudah tentu jika ditanya mengenai sasaran, saya meletakkan impian untuk bergelar juara Piala Asia kerana ia tidak mustahil. 

“Cuma ia perlukan kerja keras dan komitmen daripada semua pemain untuk merealisasikan impian tersebut,” kata pengendali dari Jerman itu.

Pada Piala Asia nanti, Korea Selatan dijadualkan bertemu Bahrain (15 Januari) disusuli aksi menentang Jordan (20 Januari) sebelum mengakhiri saingan kumpulan menentang Harimau Malaya pada 25 Januari.

Malaysia sudah hampir 35 tahun tidak menentang gergasi Asia Timur itu dalam sebarang aksi kompetitif peringkat senior apabila kali terakhir pada 1989 dalam kelayakan Piala Dunia 1990.

Ketika itu, Malaysia tewas dua kali kepada Korea Selatan pada aksi kelayakan Kumpulan 4 dengan perlawanan dilangsungkan di Seoul dan Singapura.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI